0

#2 : DILAMAR LAGI! 😳



Assalammualaikum 😁 ✌
Wani, boleh tak jadi penolong s/u untuk bilik kesihatan?

Mama sengih 😁

Mama angguk.

Mama sengih lagi 😁 😁

Wani, nanti kalau mesyuarat panitia sains, wani jadi s/u akak ea? Tolong catat dan tulis minit mensyuarat.

Mama sengih 😁

Mama angguk.

Mama sengih lagi dan lagi dan lagi  😁 😁 😁


Redha jelah! ☺

Jadi cikgu paling muda memang gini. Orang sangka kita ni full of energy sentiasa. Kahkahkah! 😂

Takpelah, at least tak pening nak tulis SKT (Sasaran Kerja Tahunan) untuk tahun ni 😚



Till then, stay positive 💟
signaturedimage
0

#1 : TERSUKA TANPA SENGAJA 😘



Assalammualaikum 😁 ✌

Haha! Tajuk post nak bajet ala-ala filem telenovela melayu 😜

Sebenarnya kan, mama masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku semalam. Tanpa disangka-sangka, mama telah dilantik menjadi Ketua Panitia Mata Pelajaran Fizik.

Apa kaitan mama dengan Fizik? 😱 😱

4 tahun mama belajar Kimia tau masa kat USM (Universiti Sains Malaysia) dulu. Masa praktikal dekat SMK Bakti, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pun dapat ajar subjek Kimia jugak. Posting di SMK Spaoh, Betong, Sarawak, juga mengajar Kimia. Tup, tup balik semenanjung, Fizik pulak perginya. Ayoyoyoyoyooo 😓

Paling best, terus naik jadi Ketua Panitia pulak tu! Kahkahkah! 😂 

It's ok, mama take it as a challenge. Manalah tahu mama ni memang ada bakat terpendam ke untuk menjadi seorang guru Fizik.

ALLAH knows well, kan? 😉



Till then, stay positive 💟
signaturedimage  
Back to Top